Wednesday, January 01, 2014

Tolong potong kuku saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Entri untuk kali ni, suggie heaven nak cerita tentang potong kuku sugar glider. Baru-baru ni ada seseorang bertanya cara nak potong kuku sugar glider,so kami disini terfikir untuk share serba sedikit apa yang kami tahu tentang cara-cara potong kuku sugar glider. Harap-harap entri ni dapat membantu anda di luar sana. sekiranya ada kesalahan atau kesilapan dalam entri ini kami harap anda dapat perbetulkan kerana kami menulis atas dasar pengetahuan kami yang sangat cetek ini.

ok jom teruskan membaca

Langkah - langkah untuk memotong kuku sugar glider

Pastikan cara anda memegang sugar glider adalah betul supaya sugar glider lebih tenang dan tak ada lah huru hara atau tak tentu arah. so kami ada share sikit picture dari internet cara-cara yang betul semasa memegang si comel tersebut
jari anda boleh lock pada bahu sugar glider 


lock pada bahu sugar glider secara lembut yea..jangan kasar,mereka ni kecil sahaja

hanya letakkan jari anda pada bahu sugar glider,please jangan tekan tulang mereka kecil

Bila dah pegang dengan betul,sugar glider anda akan rasa lebih selesa dan tenang. Jadi sekiranya anda baru pertama kali ingin memotong kuku si comel anda, minta bantuan dari orang lain untuk memegang sugar glider anda atau minta bantuan mereka untuk memotong kuku sugar glider anda. Tetapi, potong kuku sugar glider ada cara yang betul. sekiranya salah, dikhuatiri jari jemari si comel tu akan berdarah akibat dari terkena salur darah yang ada pada kuku sugar glider,so tengok betul betul yea...

Ok disini ada gambar yang mungkin boleh beri gambaran penuh bagi anda semua untuk memulakan pemotongan kuku. hati-hati!


jadi selamat memotong kuku sugar glider..!!

SuggieHeaven. Powered by Blogger.