Monday, March 31, 2014

5 PERKARA ASAS SUGAR GLIDER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini entri yang agak menarik yang Suggie Heaven nak share dengan semua especially beginner. Hari tu ada seorang my lovely customer inbox and bertanya tentang persediaan sebelum adopt si comel sugar glider. So i bg suggestion perkara asas,and i terfikir,why not i share dekat blog kan..? so jom start!

1. Sangkar

vision L02
Sangkar ni adalah paling asas. Semua owner sugar glider perlu ada sangkar. Atleast your baby tu rasa selesa sebab ada rumah sendiri. 

Bab sangkar, biasanya orang akan tanya "dear,boleh x kalau i letak je sugar glider dalam cage bag atau travel bag,xpayah sangkar?" and i memang totally akan reply no! sebab sugar glider memang perlukan sangkar atleast 3ft atau paling kurang sgt pun 1.5ft. Kalau u all letak mereka dalam travel bag,i sangat kesian dekat diorang sebab xboleh nk lompat,glide atau bergerak bebas. So,please dear, jangan menyeksa mereka yea^^

2. Bekas makanan

bekas makanan
Bekas makanan yang perlu ada dalam sangkar. tak kisah la u all nak pakai bekas apa sekali pun tapi i suggest biarlah bekas makanan tu agak berat sedikit sebab nanti sugar glider akan pijak di bahagian tepi bekas tersebut dan sekiranya bekas tersebut agak ringan, nanti makanan mereka habis tertumpah. So i suggest bekas makanan yang agak berat yea..

3. Botol minuman


If u all nak letak bekas dalam sangkar untuk tempatkan air minuman mereka, pun boleh tapi i xsuggest sangat sebab kalau bekas tu terlampau besar,and isi kandungan air terlampau banyak,takut takut sugar glider u lemas pulak dalam bekas tu and lagi satu kurang bersih kalau air terdedah je. So i suggest u guys dapatkan satu botol yang boleh disangkut pada sangkar untuk dijadikan bekas minuman untuk sugar glider u all.

4. Sleeping pouch

hammock dijadikan sleeping pouch

Yang ni sangat basic. Teramatlah basic untuk sesiapa sahaja yang ada sugar glider. Sugar glider memerlukan sleeping pouch tak kisah lah macam mana rupa sleeping pouch tu yang penting ada pouch didalam sangkar mereka. 

5. Bonding pouch
bonding pouch gambar tengah

Bonding pouch memang tujuan untuk u bond dgn sugar glider u. so yang ni agak basic juga. Lagipun u all mesti nak bawa sugar glider keluar bersama u guys kan? 


Ada banyak lagi perkara yang boleh dikatakan agak basic untuk sugar glider tapi i share kan perkara yang sangat sangat basic. Harap entri ini dapat membantu.


SuggieHeaven. Powered by Blogger.