Sunday, January 25, 2015

Natur Vet Quiet Moments Calming Aid

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni saya ingin berkongsi berkenaan dengan produk Natur Vet Quite Moment Calming Aid.


 Quiet Moment ini diformulasikan untuk tujuan memberi ketenangan dan mengurangkan stress kucing anda. Kebiasaannya kucing akan menjadi begitu stress ketika anda membawa mereka keluar untuk berjumpa vet dan perjalanan itu akan membuatkan kucing berasa tertekan.

Selain daripada itu, ada sesetengah kucing
yang takutkan pada bunyi yang sangat kuat seperti bunyi guruh atau bunyi mercun yang kuat.

Ataupun situasi yang paling biasa kita lalui yang akan membuatkan kucing kita berada di dalam keadaan stress adalah ketika ingin memandikan mereka. Tidak kira lah sama ada anda sendiri yang membersihkan (memandikan) kucing anda ataupun anda menghantar ke pusat grooming. Kedua-dua situasi tersebut mampu membuatkan kucing anda berasa stress dan tidak tenang.

contoh contoh keadaan lain yang membuatkan kucing anda stress :

ketika menaiki kereta
ketika membersihkan telinga mereka
ketika potong kuku
ketika mereka berada di tengah orang ramai
ketika anda baru adopt kucing dan mahu mereka lebih tenang semasa proses menyesuaikan diri di tempat baru
apabila mereka sering bergaduh sesama sendiri di rumah anda
untuk menjinakkan kucing liar atau aggresif



Jadi, dengan adanya Quiet Moment Calming Aid ini dapat membantu kucing anda untuk berasa lebih relax dan lebih tenang malah ia juga dapat membantu anda semasa memandikan mereka kerana mereka senantiasa berada dalam keadaan yang terkawal dan tenang. Tiada rontaan dari kucing anda.

Ada seorang customer saya bertanyakan soalan. Adakah Quite Moment ini akan menyebabkan kucing menjadi lemah dan tidak bermaya?

TIDAK. Tidak sama sekali kerana Quite Moment tidak mampu untuk melemahkan kucing tetapi cuma mambantu kucing lebih relax dan kucing akan sentiasa segar. Quite Moment ini mengandungi bahan yang natural. Tidak akan merbahaya pada kucing anda.

Cara penggunaan
Kucing Dewasa : 1gram /1inch ribbon diberi pada kucing 30 minit sebelum sesuatu situasi
Anak Kucing (4 minggu keatas) : 0.5gram / 1/2 inch ribbon diberi pada kucing 30 minit sebelum situasi

Beri secara oral (makan). Biarkan kucing menjilat Quiet Moment Calming Aid kerana ianya pasti disukai oleh kucing anda.

Boleh dapatkan dari kami. whatsapp 0176621687 sekarang!

Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.