Sunday, February 01, 2015

TORO TORO Super Premium Treats Snack

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah baca tajuk entri? TORO TORO. Bukan Dora datang lagi, bukan otromen Taro mahupun Toro artis Taiwan. Yang ni TORO TORO snack atau treats atau senang nak faham, jajan atau kudap kudap untuk kucing anda. Bestnya snack TORO TORO ni sebab ianya diperbuat dari daging, sama ada ikan atau ayam yang pure, real, sebenar. Kalau kita boleh lihat, dalam setiap packet snack ni kita boleh nampak the real meat inside. Wah Wah Wah...nak tengok? Jom scroll..

nampak tak seketul seketul daging ada dalam packet tu.

TORO TORO snack ni ada 4 jenis yang boleh kita beri pada kucing. Jom tengok satu satu



TORO TORO Grilled Chicken


Hamboi...kemain lagi kan..bergril gril bagai..kita pun makan ikan kering je.hahaha...apa apa pun yang penting si bulus tu gembira..ye tak? okay, yang ni daging ayam yang telah dipilih dari bahagian yang paling bagus. Daging yang terbaik itu di grill supaya aroma dan rasa ayam tersebut menjadi kesukaan kucing.  Ianya dimasak dan disediakan menjadi ayam yang enak dan yang paling penting ianya memenuhi nutrisi harian kucing anda.

Protein : 25% , Fat : 1% , Fibre : 3% , Moisture : 65%

TORO TORO Grilled Saba



100% daging ikan kembung kemudian grill bagi memastikan rasa dan aroma nya memenuhi cita rasa kucing. Setelah dimasak, ianya disediakan denga rasa dan bau yang mampu menarik perhatian kucing. Disamping itu, nutrisi yang terdapat memenuhi keperluan harian kucing anda.

Protein : 25% , Fat : 2% , Fibre : 3% , Moisture : 60%

TORO TORO Tuna


Diperbuat daripada 100% tuna segar yang sebenar dan berkualiti tinggi. TORO TORO sentiasa memastikan cara penyediaan tuna ini masih memberikan rasa tuna yang asli untuk kucing anda. Rasa sebenar tuna yang terhasil masih memenuhi keperluan nutrisi harian kucing. Kucing anda pasti gembira dengan bau dan rasa yang terhasil dari TORO TORO.

Protein : 23% , Fat : 1% , Fibre : 3% , Moisture : 72%

TORO TORO Otoro



Otoro diperbuat dari 100% daging pada bahagian perut tuna dimana ianya dikatakan bahagian paling sedap pada ikan tuna. Otoro ini dimasak dengan baik dan disediakan dengan rasa tuna yang asli dan yang paling penting nutrisi harian yang terhasil masih memenuhi keperluan harian kucing anda. 

Protein : 23% , Fat : 2% , Fibre : 4% , Moisture : 70%


TORO TORO boleh diberikan pada kucing anda sama ada sebagai reward / treat atau anda boleh sediakan TORO TORO sebagai makanan ringan / makanan sampingan atau berikan sebagai makanan utama mungkin pada hari lahir mereka. 


Cadangan Makanan

1-3 kg kucing : 1-3 packet sehari
3-5 kg kucing : 3-6 packet sehari

Jom kita view sikit galeri ehsan dari google





So, bila birthday bulus?

Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.