Friday, March 06, 2015

Four Paws Brewers Yeast

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni dah beri kucing anda brewers yeast? Belum?? Tak ada?? Kenapa perlu beri?? Okay, kucing juga ada supplement yang mereka perlukan. Terdapat pelbagai supplement yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu, antaranya adalah brewers yeast. Brewers yeast diperlukan oleh kucing atas sebab-sebab berikut :


Bulu Gugur

Kebiasaannya kucing yang berbulu panjang seperti baka persian sering mengalami masalah bulu gugur. Anda sebagai pemilik kucing juga pasti risau tentang keguguran bulu kucing anda. Salah satu fungsi brewers yeast supplement ini adalah untuk mengatasi masalah bulu gugur kerana ia mampu menguatkan akar bulu kucing.

Kulit Sihat Bulu Shining

Selain daripada itu, kulit kucing anda juga akan bertambah sihat dan bulu kucing anda akan menjadi lembut, gebu dan lebih shining berbanding sebelum menggunakan brewers yeast. 

Elakkan Kutu

Sekiranya anda memberikan kucing anda brewers yeast, bermakna anda telah membantu menyelamatkan kucing anda dari diserang oleh kutu. Mengapa? Kerana dengan adanya Thiamine (sebahagian daripada vitamin B kompleks) yang terkandung di dalam brewers yeast tersebut, akan meresap ke salur darah kucing anda dan tersebar hingga ke bahagian kulit kucing dan kandungan darah yang mempunyai Thiamine tidak disukai oleh kutu-kutu. Maka kucing anda akan terselamat daripada kutu-kutu diluar sana.

Jadi, supplement brewers yeast adalah salah satu supplement yang amat berguna bagi kucing anda. Dengan harga mampu milik, kucing anda boleh menjadi sihat dan lebih cantik!

Dapatkan brewers yeast untuk kucing anda sekarang!

Kenapa perlunya brewers yeast?
untuk kurangkan keguguran bulu kucing
manjaga kulit dan bulu kucing supaya sihat.
dapat menghindarkan jangkitan kutu sekiranya diberi secara konsisten



Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.