Saturday, March 14, 2015

Ketagihan Kucing Terhadap Taste Of The Wild

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pernah dengar makanan kucing berjenama Taste Of The Wild? Mesti pernah kan..? Rata-rata pencinta kucing zaman sekarang ini sudah pun biasa mendengar jenama makanan kucing Taste Of The Wild. Kebanyakan daripada pencinta kucing juga menggunakan Taste Of The Wild untuk disajikan pada kucing mereka. Tapi kenapa yea? Kenapa mereka pilih Taste Of The Wild?



Entri kali ini ingin saya menceritakan serba sedikit mengenai Taste Of The Wild iaitu makanan kucing GRAIN FREE dan antara yang agak murah untuk dibandingkan dengan GRAIN FREE yang lain.

Taste Of The Wild (TOTW) terdapat dalam dua jenis iaitu Rocky Mountain dan juga Canyon River.

Formula Grain Free Taste of The Wild adalah sesuai untuk semua peringkat umur. Dari yang kecil (kitten) hingga dewasa (Adult)

Taste of The Wild Rocky Mountain feline formula 
with Roasted Venison & Smoked Salmon

Bagi kucing penggemar daging, TOTW Rocky Mountain adalah pilihan yang tepat bagi mereka. Kandungan daging rusa bersama salmon yang terdapat di dalam Rocky Mountain ini menjadikan rasa yang lebih sensasi dan mampu menarik minat kucing untuk bertukar selera dari makanan yang lama. Berat badan kucing anda juga akan meningkat dan anda sendiri akan menyedarinya. Kebanyakan respon dari pengguna mengatakan kucing mereka tidak keruan setelah menghidu dan mencuba TOTW Rocky Mountain. WOW!

Protein : 42%
Fat : 18%

Taste of The Wild Canyon River feline formula 
with Trout & Smoked Salmon

Bagi kucing yang gemar dengan haruman ikan dan amat menyukai makanan yang berdasarkan ikan, TOTW Canyon River semestinya pilihan mereka. Bau ikan yang kuat mampu menaikkan selera mereka untuk mencuba TOTW Canyon River. TOTW Canyon River mengandungi Ikan Trout dan Ikan Trout tersebut adalah satu sumber protein tanpa lemak yang mampu memberi rasa kenyang yang maksimum. NICE!

Protein : 32%
Fat : 16%

Smoked Salmon dicampurkan ke dalam kedua dua formulasi ini adalah bertujuan untuk membekalkan Fatty Acid Omega untuk memberi kesihatan bulu serta kulit kucing anda.

Formula sayuran dan buahan yang terkandung membekalkan antioksida yang semulajadi untuk meningkatkan sambil membantu sistem imunisasi kucing serta menjaga keseluruhan kesihatan kucing anda.


Disamping itu, formula mudah hadam TOTW ini banyak membantu kucing yang mempunyai masalah pencernaan. Jadi tidak hairanlah kebanyakan pencinta kucing pada masa kini lebih cenderung untuk bertukar kepada Taste Of The Wild.

Sekiranya anda masih tercari-cari makanan yang terbaik bahkan GRAIN FREE untuk kucing anda, jangan lupa untuk mencuba Taste Of The Wild!


Dengan setiap pek 6.8kg, anda diberikan satu tin wetfood TOTW secara percuma. Jom dapatkan sekarang!

Beli Sekarang

Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.