Sunday, April 19, 2015

Pet Grass (Rumput Kucing)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Eh eh? Kenapa kucing tu makan rumput?

Pernah tak lihat kucing comel kita keluar dari rumah dan mencari sesetengah rumput untuk di makan? Adakah kita menghalang mereka untuk makan rumput tersebut atau kita membiarkan sahaja? Kebanyakan dari masyarakat kita sudah biasa melihat kucing makan sesetengah pokok di halaman rumah tetapi ada juga yang masih rasa janggal melihat kucing mereka makan daun daun tersebut. Tak apa..tak salah kalau anda rasa janggal. Mari kita baca sedikit berkenaan kucing dan rumput mereka.

Apa tujuan kucing makan rumput (Pet Grass)?

Pet Grass yang biasa berada di pasaran adalah jenis Wheatgrass.

Menurut davegarden.com, kita semua tidak akan pernah tahu mengapa kucing makan rumput. Apa tujuan sebenar mereka untuk makan rumput tersebut tetapi kita hanya dapat mengagak tujuan mereka selepas keputusan yang terhasil. Contohnya, kucing kita makan rumput kemudian dia akan muntah dan kandungan muntah tersebut adalah hairball, maka kita beranggapan kucing makan rumput untuk keluarkan hairball.
Jadi, rumput kucing ini dapat membantu si comel tersebut untuk mengeluarkan hairball yang terdapat dalam perut mereka. Kebiasannya fungsi yang diketengahkan adalah untuk mengeluarkan hairball yang tersekat di dalam usus kucing dan ada sesetengah pihak mengatakan sekiranya hairball tersekat di dalam usus kucing, maka kucing tersebut berisiko untuk mati.


Khasiat sampingan

Disamping itu, menurut petmd.com, jus yang ada didalam rumput tersebut mengandungi acid folic dimana ianya adalah vitamin yang diperlukan oleh badan kucing dan sekali gus membantu menghasilkan hemoglobin (protein yang mengangkut oksigen di dalam darah) dalam salur darah kucing anda. Jadi, tak salah lah bila mereka mencari rumput untuk di makan.


Kucing muntah semula?

Tapi..kenapa kucing memuntahkan semula rumput tersebut setelah mereka makan rumput rumput itu? Ini adalah sistem pemghadaman kucing kekurangan enzim yang boleh mencerna sayuran dan tumbuhan, jadi kucing anda akan memuntahkan semula rumput tersebut. Tapi jangan risau yea..sebab ianya tidak akan menjejaskan kucing malah ia membantu melegakan perut kucing anda kerana kadang kala ada sesetengah makanan didalam perut si bulus yang tidak hadam akan keluar bersama rumput yang di muntahkan tadi.


Kesimpulan
Kucing di luar sana seperti Jebat, Meon, Tijah boleh mencari dan bebas memakan apa sahaja yang mereka perlukan. Tidak sama seperti kucing kita di rumah yang tidak keluar malah sentiasa ada guardian angel ( kita la tu ) yang sentiasa pantau ke mana mereka pergi, apa mereka buat, apa mereka perlu, dimana mereka membuang, apa hobi mereka dan macam macam lagi untuk dipantau. Tetapi adakah kita tahu keperluan mereka dikala itu? Jadi, sebagai pemilik kucing, kita haruslah menyediakan apa sahaja keperluan mereka supaya mereka sentiasa gembira dan sihat.

Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.