Saturday, June 20, 2015

Makanan Kucing ; Tuscan Carne Grain Free Recipe Kitten / Cat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk pengetahuan semua, Suggie Heaven Pets telah pun memenuhi permintaan anda sebagai customer kesayangan kami iaitu berharap supaya kami boleh mendapatkan makanan kucing jenama Tuscan dan Alhamdulillah Tuscan ada di kedai kami sekarang.

Kepada mereka yang request, jutaan terima kasih kerana telah pun menyerbu kedai kami untuk dapatkan apa yang dihajati dan kepada anda yang lain yang baru sahaja tahu mengenai ada nya makanan kucing Tuscan di kedai kami, jom ramai ramai singgah dan dapatkan satu pek untuk si bulus kesayangan anda.


Tapi..sekejap, ada yang masih lagi tertanya tanya, kenapa pulak ramai yang tercari-cari makanan kucing jenama Tuscan ni? Bagus ke? Apa yea kelebihan yang ada pada Tuscan?

Persoalan ini selalu je ditanya oleh akak akak dan abang abang yang berkunjung ke kedai dengan niat membeli barang barang kucing tapi terserempak pula dengan regular customer Tuscan. Apa yang menarik, akhirnya mereka pun borong Tuscan. Wah...kenapa yea?

Tuscan Carne Grain-Free Recipe


Tuscan Natural Pet Food Product
Ditubuhkan bagi memastikan tahap kesihatan si bulus anda meningkat. Konsep mereka bukan untuk memberi semata mata makanan kepada si bulus tetapi mereka amat menitik beratkan tentang kesihatan si comel dimana mereka menjanjikan tahap kesihatan si bulus meningkat, makanan seimbang yang tepat dan tahap nutrisi pemakanan lebih tinggi berbanding makanan lain.

Kebanyakan makanan lain memberi jaminan kesihatan si bulus tetapi bagi Tuscan, mereka menjanjikan kualiti hidup haiwan kesayangan anda dalam aspek kesihatan, tenaga,kulit dan juga bulu.


Untuk makanan kucing, Tuscan Natural bekalkan tiga jenis makanan dimana keperluannya berbeza. Hari ini saya ingin ketengahkan salah satu product dari Tuscan Natural iaitu Tuscan Carne Grain-Free Recipe. Kebanyakan dari kita sekarang ini lebih gemar mencari makanan kucing Grain Free.

Selain daripada dapat memberi makanan yang tepat untuk si bulus, makanan Grain Free juga banyak membantu dalam aspek kesihatan kucing terutamanya kucing yang allergic dengan bijirin. Jadi disini, kebanyakan daripada kita lebih gemar memilih Tuscan Carne Grain-Free berbanding produk Tuscan yang lain.

Tuscan ada Olive Oil!



Bila tahu je tentang kebaikan Olive Oil dalam pemakanan manusia, Pyramids Pet Product mengambil kesempatan untuk menambah Extra Virgin Olive Oil ke dalam pemakanan si bulus. Bukan sahaja Olive Oil ini dapat memberikan rasa yang lazat, malah ia juga membantu dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan.

Kelebihan Extra Virgin Olive Oil


  • mampu menghindarkan penyakit diabetes pada kucing (melawan diabetes)
  • mengurangkan risiko kucing mendapat kanser
  • rendah kolesterol
  • membantu menghadamkan protein dengan lebih baik
  • menghindarkan dari kerapuhan tulang

Dalam setiap 1 cup kibbles Tuscan ini terdapat lebih kurang 1-2 sudu besar Extra Virgin Olive Oil.

Kelebihan Tuscan




  • Tiada filler tambahan
  • Grain-Free
  • Allergen-Free
  • Membantu mencapai dan menstabilkan berat badan si bulus yang ideal
  • Dengan adanya Extra Virgin Olive Oil membantu menghindarkan penyakit Diabetes

Tuscan juga menggunakan

  • Cottage cheese sebagai sumber tenusu
  • Banyak sayuran yang sihat seperti lobak merah (Carrot) sumber beta carotene, buah-buahan bagi sumber karbohidrat yang natural
  • Prebiotic dan Probiotic untuk kesihatan yang maksimum


Ingredient

Turkey, Chicken Meal, Pea Protein, Chicken, Herring Meal, Peas (Dried), Potatoes, Chicken Fat (preserved with mixed tocopherols), Olive Oil (preserved with mixed tocopherols), Turkey Meal, Flaxseed, Pea Fiber, Natural Flavor, Apples, Carrots, Cranberries, Herring Oil, Tomatoes, Pumpkin, Dried Chickory Root, Dehydrated Alfalfa Meal, TaurineDL-Methionine, Vitamin E Supplement, Vitamin D-3 Supplement, Riboflavin Supplement, Pyridoxine, Hydrochloride, Thiamine Mononitrate, Folic Acid, Zinc Proteinate, Copper Proteinate, Manganese, Proteinate, Dried Lactobacillus Acidophilus Fermentation ProductVitamin A Acetate, d-Biotin, Iron, Proteinate, Sodium Selenite, Cobalt Protenate, Ethylenediamine Dihydroiodide, Dried Trichoderma longibrachiatum, Dried Basillus subtilis fermantation products

Guaranteed Analysis

Seperti kebiasaan, kita memang suka tengok kandungan protein, fat dan sebagainya, so jom tengok.

Crude Protein 40.00% Minimum
Crude Fat 22.00% Minimum
Crude Fiber 3.00% Maximum
Moisture 11.00% Maximum
Magnesium 0.10% Maximum
Vitamin E 300 ui/kg Minimum
Taurine .20% Minimum
Omega 6 Fatty Acids 4.00 % Minimum
Omega 3 Fatty Acids 0.40% Minimum
Ascorbic Acid 500.00 mg/kg Minimum
Docosahexaenoic (DHA) & Eicosapentaenoic Acid, EPA .10% Minimum
Total Microorganisms 90,000,000 cfu/lb Minimum




Kesimpulan
Tuscan Carne Grain Free Recipe ini sesuai untuk semua stage umur. Kitten atau Adult. Kelebihan Tuscan ini adalah ia mengandungi Olive Oil yang mampu meningkatkan kualiti hidup si bulus. Tuscan juga ada bacteria baik untuk usus sama seperti kebaikan yogurt dan minuman live culture seperti yakult. Walaubagaimanapun semuanya terpulang pada kita dari segi budget dan keperluan si comel kita tu. Makanan yang paling bagus untuk sibulus adalah makanan yang tidak memudaratkan kesihatan mereka.



Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.