Thursday, July 23, 2015

MicroZeoGen Nature's Protection

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pernah dengar tak makanan kucing brand Nature's Protection? Mesti pernah kan..? Apa yang special nya mengenai Nature's Protection ni? Mereka adalah satu satunya brand makanan kucing yang mempunyai MicroZeoGen dalam kibbles mereka. So, kali ni jom kita sembang sembang mengenai MicroZeoGen. Ayuh!

Apa itu MicroZeoGen?




MicroZeoGen adalah mineral semulajadi terhasil daripada lava gunung berapi. Apabila lava tersebut bergabung dengan air akan membentuk Zeolite. Dalam kumpulan Zeolite terdapat 102 variasi yang terbentuk dan hanya dua dari nya sesuai untuk penggunaan manusia dan haiwan dan salah satu nya (very pure) adalah Clinoptilolite. MicroZeoGen adalah pecahan (partikel) kecil daripada Clinoptilolite.

Okay, boleh digest tak? Senang je kan?

Raw Clinoptilolite

Apa kelebihan MicroZeoGen untuk kucing?

MicroZeoGen adalah sebagai ubat pelengkap untuk kucing yang sedang menjalani rawatan kanser atau kucing senior yang lemah sistem imunisasi dan juga dapat membantu mengurangkan masalah Hypertrophic Cardiomyopathy (HCM) ~penyakit dimana dinding otot jantung menebal dan menyukarkan jantung untuk pam darah~

Terbukti secara saintifik dapat membantu kucing yang menghidapi kanser. Walaupun kucing kita tak ada kanser, kalau kita beri mereka makanan yang mengandungi MicroZeoGen ini dapat membantu mencegah daripada penghasilan kanser dalam badan mereka. Mencegah kan lebih bagus..

meow yang menghidapi kanser

Fungsi MicroZeoGen

  • membantu menyingkirkan penyebab kanser radikal bebas
  • menyingkirkan toksin dan bahan bahan toksik dalam badan
  • menyingkirkan bahan radioactive dari badan
  • menyingkirkan bakteria pathogenic daripada badan kucing
  • menguatkan sistem imunisasi 
  • membantu melawan virus
  • meningkatkan kekuatan sendi 
  • membaikpulih tisu penghubung dan pelincir ligamen
  • sangat berguna untuk menguatkan tulang belakang, leher dan otot dan ligamen
  • tinggi anti-oksida
  • mengelakkan disfungsi kognitif
  • membantu menyelesaikan masalah sistem penghadaman. 
  • membaiki struktur bulu disamping menjadikan bulu lebih bersinar dan lebih padat
  • membantu membaikpulih metabolisma, meningkatkan selera makan 
  • membantu seimbangkan berat badan kucing.

MicroZeoGen adalah neutral. Jangan risau kerana tidak akan ada sebarang side effect pun pada kucing anda. Dan ia hanya boleh didapati dalam makanan kucing brand Nature's Protection sahaja (buat masa ini). Kalau tengok betul-betul pada packaging Nature's Protection, u guys akan dapat lihat tertera nya lambang MicroZeoGen.

Kesimpulan

Okay, MicroZeoGen memang bagus untuk kesihatan kucing. Scientifically proven! Lebih lebih lagi pada kucing yang menghidapi kanser. Untuk merawat kanser bukanlah mudah dan murah, jadi apa kata kita sendiri (owner bulus) mencari jalan atau langkah pencengahan awal. Semua daripada kita (owner bulus) pasti inginkan sicomel kesayangan berada dalam kesihatan yang baik. Tugas kita hanya perlu memastikan mereka dapat makanan yang sihat dan berkualiti.



Kebanyakan daripada kita sering keliru dengan pelbagai brand makanan kucing yang ada diluar sana. Hingga tak tahu mana yang sesuai dengan si bulus kesayangan tu. Sebenarnya setiap brand yang hebat hebat diluar sana mempunyai kekuatan mereka masing masing. Kita sebagai pengguna berbeza beza keperluan. Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah pastikan keperluan si bulus kita dan cari maklumat sebelum memilih.



Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.