Thursday, August 06, 2015

Kenapa Kucing Saya Tak Nak Makan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

"Kucing saya tak nak makan..kenapa yea?"



Ramai akak akak abang abang yang pening fikir, kenapa la sibulus dekat rumah tu tak nak makan. Dah beli makanan yang paling hebat, bau tip top, GRAIN FREE, ingredient first class tapi bila bawa balik, dia boleh jeling je??! Kacewa!


Okay, jangan pening sangat, mungkin kita sama sama boleh cuba selesaikan.

Kenapa kucing tak nak makan?

Ada pelbagai sebab kenapa kucing kita mula bertingkah laku sedemikian. Kalau lah mereka boleh bercakap macam kita, senang..tapi disebabkan perkataan yang keluar dari mulut mereka hanyalah meeoow, walaupun mereka sampaikan macam macam, tapi still bunyi meow, maka, kita perlu lakukan sesuatu. Pemikir dah pun cuba mencari faktor faktor yang berkemungkinan menjadi punca kenapa si meow tak nak makan.

Antara faktor yang menjadi punca :

Penyakit
Kebarangkalian kucing mula menjauhi makanan adalah disebabkan penyakit. Antara penyakit yang berkemungkinan adalah

  1. Kegagalan buah pinggang
  2. Pancreatitis
  3. Masalah penghadaman
  4. Kanser

Vaccine
Sesetengah kucing akan menjadi sedikit murung selepas vaksin tetapi jangan risau, ianya hanya seketika.

Travel & persekitaran yang berbeza



Persekitaran yang berbeza dan rutin harian yang berbeza juga boleh menyebabkan hilangnya selera makan. Selain daripada itu, travel sama ada dengan kereta atau kapal terbang juga mampu membuatkan si kucing hilang keinginan untuk makan. Lebih lebih lagi sekiranya mereka turut mengalami muntah muntah.

Masalah psikologi
Kadang kala kucing juga boleh mengalami tekanan akibat daripada perubahan yang kita lakukan, sebagai contoh, kita tukar perabot, sesetengah kucing yang sensitif akan mengalami sedikit ketidakselesaan.

Selain daripada itu, kemungkinan ada orang baru tinggal bersama dengan kita, juga boleh menjadi faktor gangguan emosi dan menyebabkan mereka tidak mahu makan.

Memilih makan


Sekiranya kucing anda jenis memilih dalam pemakanan mereka, juga boleh menjadi sebab mereka mula menjauhkan diri dari makanan. Kebiasaannya memang mengambil masa yang agak lama untuk adjust makanan yang sesuai dan memenuhi selera mereka.


Cara Atasi Masalah

Ada dua cara untuk atasi masalah kucing tak nak makan.

Sekiranya berpunca dari penyakit

Jumpa Vet
Sekiranya kucing anda tidak mahu makan disebabkan oleh penyakit, anda haruslah segera berjumpa dan meminta nasihat daripada veterinar.

Sekiranya bukan disebabkan penyakit

Sila cuba pelbagai jenis makanan. Saya ulang, CUBA pelbagai makanan. Bermaksud pelbagai brand makanan dry food anda perlu cuba bagi mengetahui kesesuaian perut dan selera bau mereka. YES anda perlu cuba.

Selain daripada itu boleh cuba makanan basah (wet food). Kalau mereka suka kan wetfood, anda boleh campurkan wetfood bersama dryfood. Campur sedikit sedikit hingga anda berjaya tukar ke dryfood.

Kebanyakan Expert diluar sana mencadangkan rotating cat diet di antara pelbagai jenis brand makanan kucing. Dalam setahun anda perlu tukar 2 hingga 4 jenis brand. Tapi apa yang penting, setiap kali tukar, anda perlu tukar secara perlahan-lahan. Pertukaran brand ini akan membantu mengurangkan kecerewetan si kucing dalam pemakanan mereka dan juga membantu mengurangkan alahan mereka pada sesetengah makanan dan mengurangkan masalah penghadaman.

Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.