Thursday, September 17, 2015

Royal Canin Mother & Babycat Pilihan Terbaik Untuk Baby Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada anda yang dah biasa guna atau pernah dengar tentang makanan kucing Royal Canin Mother & Babycat mungkin sudahpun tahu kelebihan nya tapi kepada mereka yang belum tahu lebih lanjut tentang Mother & Babycat ni saya nak ajak sama sama baca tentang kibbles yang super duper best untuk baby meow ni.


Royal Canin Mother & Babycat

Spesifikasi

Umur 0-4 bulan
Yes, dari baby sangat pun dah boleh makan kibbles ni. kadang kadang kucing yang lahir tu, ibunya ada masalah kesihatan sehingga tak nak menyusukan atau ada juga ibu yang melahirkan tu mati dan menyebabkan baby kucing tu tidak dapat menyusu. Penyelesaiannya anda anda boleh beri Mother & babycat ni pada baby tersebut.


Size kibbles yang sangat kecil
Jangan risau, size kibbles yang dihasilkan oleh Royal Canin ni amatlah kecil. Mudah dikunyah dan mudah dihadam. Kalau kucing tu sangat baby dan anda risau betul kalau kalau mereka tercekik, anda boleh titiskan air pada kibbles tersebut dan kibbles tersebut akan menjadi soft kibbles.

size kibbles yang sangat kecil

perbezaan kibbles Royal Canin mother & babycat dan juga hair & skin


Kalau ibu si baby tu makan boleh ke?
Of Course boleh yunk..kibbles ni amatlah sesuai untuk baby dan ibu yang menyusukan baby tu. Kebiasaannya susu ibu kucing yang diberi makan RC Mother & Babycat ini lebih banyak.

Ada seorang akak datang kedai dan share tentang kucing nya. Akak tu beritahu, sebelum ni kucing nya melahirkan, dia hanya beri makanan kitten pada ibu kucing yang menyusu tu. Selepas dia tahu tentang Mother & Babycat, akak tersebut terus cuba dan hasilnya, anak-anak kucing yang menyusu nampak lebih sihat dan pembesaran anak kucing beliau lebih sekata, katanya. 

Kata Royal Canin

Mother & Babycat ini dirumus khas dengan kombinasi kandungan bahan bahan yang ekslusif untuk memastikan sistem penghadaman baby kucing dijaga semaksimum yang boleh.

Kibble yang kecil dan lembut direka supaya sesuai untuk sicomel yang bergigi susu itu.

Pertahanan badan semulajadi
Umur diantara 4-12 minggu selepas dilahirkan, imuniti yang disalurkan oleh ibu kucing kepada anaknya akan mula menurun secara perlahan lahan dan pertahanan badan anak kucing itu sendiri akan mula berkembang (mula berfungsi). Jadi disini, Mother & Babycat membantu menyokong perkembangan pertahanan badan anak kucing tersebut.



Penghadaman
Semasa dilahirkan, sistem penghadaman anak kucing berada dalam keadaan kurang matang dan akan mula berkembang secara perlahan lahan dalam beberapa minggu. Oleh sebab itu, Mother & Babycat diperlukan bagi membantu menyokong kesihatan sistem penghadaman sementara sistem penghadaman kucing itu sendiri menjadi matang. Mother & babycat ini mengandungi protein yang mudah hadam dan juga terdapat prebiotic pada kibbles nya.


Memudahkan proses penceraian susu
Proses penceraian susu bermaksud, baby kucing akan mula berhenti menyusu dan mula makan solid food. Kibbles yang kecil ini boleh membantu anak kucing untuk mula belajar mengunyah. Apabila anak kucing tadi mudah untuk mengunyah dan menelan, keinginan untuk makan kibbles akan menjadi lebih tinggi.


Kebiasaan customer yang bertandang ke kedai akan share tentang anak kucing mereka tidak mahu makan atau makan sikit dah tak nak. Salah satu puncanya adalah kibbles terlalu keras untuk mereka mengunyah. Bila kami suggest untuk tukar makanan kepada Mother & Babycat ni, alhamdulillah, anak kucing mula makan dengan banyak. 

Kepada anda yang sering mengalami masalah ketidak tahuan makanan yang sesuai untuk si baby sangat tu, tahniah, anda sudah dapat sedikit info. Jadi sekiranya anda masih tercari cari dimana perlu anda beli kibbles ini, anda boleh terus dapatkan Royal Canin Mother & Babycat ini dari kami.


Whatsapp 0176621687

Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.