Tuesday, October 27, 2015

Nature's Protection Cat Food


Entri kali ini kita sembang sikit tentang makanan kucing Nature's Protection. Ada yang pernah dengar? Atau ada yang pernah guna untuk makanan harian kucing anda? Kalau dah pernah guna saya bagi two thumbs up! Kenapa?


Okay, untuk pengetahuan tambahan anda, Nature's Protection adalah satu satunya makanan kucing yang mengandungi MICROZEOGEN. Entri sebelum ni saya pernah share tentang kelebihan Microzeogen. (klik untuk baca tentnag Microzeogen)

sedikit info tentang Microzeogen
Disetiap kibbles Nature's Protection mengandungi Microzeogen bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan kucing anda. 

Pilihan Makanan dari Nature's Protection

KITTEN 


Seperti kebiasaan, makanan kucing kategori kitten adalah bertujuan untuk membantu dalam pembesaran kucing. Nature's Protection Kitten sesuai untuk kucing berumur 2 bulan hingga 1 tahun. Juga sesuai untuk si ibu yang mengandung atau menyusukan. 

Kalau kita baca bahagian ingredient nya, terdapat Yucca schidigera dimana ianya dapat membantu mengurangkan bau najis si comel. 

Selain daripada itu, Nature's Protection juga menambah sedikit brewers yeast ke dalam kibbles ini. Seperti yang kita semua tahu, brewers yeast amat bagus untuk menguatkan akar bulu kucing supaya kucing tidak mengalami keguguran bulu.

Malah,makanan ini juga membekalkan tenaga dan stamina untuk sicomel bergerak lebih aktif ketika dalam proses membesar. DHA untuk memberi rangsangan kepada perkembangan otak kucing dan kibbles nya juga mudah dihadam oleh kucing, secara tak langsung kucing anda tidak akan mengalami masalah najis yang terlalu lembik dan berbau.



PERSIAN

Kalau kucing anda di rumah berbulu panjang atau semi panjang, maka anda perlu menggunakan Nature's Protection Persian. 

Nature's Protection Persian ini khusus untuk menjaga bulu dan kulit kucing agar lebih sihat dan lebih cantik. Disamping dapat membantu menyelesaikan masalah hairball.

Sekiranya kita betul-betul observe pada bahagian ingredient nya, terdapat Evening Primrose Oil dalam senarai. So, apa kelebihan Evening Primrose Oil untuk sibulus? Okay awak, Evening Primrose Oil bagus untuk kucing yang mengalami masalah bulu kusam, kulit kering dan yang paling best, ianya dapat memberi kestabilan pada hormon kucing. 

"Kucing abang botak dekat pangkal ekor, bawa pergi check doktor sebab takut fungus, tapi doktor beritahu bukan fungus, cuma masalah hormon kucing tak stabil. Abang dah tukar macam macam makanan, tapi macam tu juga, Last abang try Nature's Protection Persian, eh, okay pulak. tumbuh pulak bulu nya. So abang teruskan je guna kibbles ni"

 NEUTERED


Selepas kucing dimandulkan, kebiasannya kucing akan kurang aktif dan pengumpulan lemak akan mula berlaku dan akhirnya kucing anda akan menjadi lebih besar dan besar dan besar dan risiko untuk menghidap pelbagai penyakit akan meningkat.


Jadi disini, Nature's Protection Neutered amatlah sesuai untuk kucing anda yang telah pun di mandulkan dimana kibbles nya menjanjikan kucing anda akan lebih sihat dan mendapat berat yang ideal.

Nature's Protection Neutered mengandungi L-carninite yang berfungsi untuk membakar lemak dan membawa lemak lemak tersebut keluar dari badan kucing.





URINARY FORMULA-S

Kita beralih pula kepada Urinary Formula-S yang amat sesuai untuk kucing yang telah mengalami masalah batu karang.

Urinary Formula-S dihidangkan kepada si bulus yang pernah ada sejarah menghidap batu karang. Kibbles ini dapat meneutralkan kandungan asid dalam urine kucing dan dapat membantu mengelakkan pembentukan batu karang semula.

Di ingatkan kepada semua bahawa makanan ini bukanlah bertujuan untuk menyembuhkan kucing yang sedang mengalami masalah batu karang, ianya membantu mengelakkan kucing daripada terkena batu karang semula.



Semua kibbles yang di sediakan oleh Nature's Protection mengandungi Microzeogen. Kesihatan kucing lebih terjamin.

Kalau nak order, boleh terus whatsapp kami ke 0176621687

Tags

SuggieHeaven. Powered by Blogger.